konsep blog

Dalam blog ini ditekankan beberapa isu atau perkara yang berkaitan dengan umat Islam. Ia meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, perundangan serta keagamaan. Antara isu yang dimuatkan ialah isu penuntut pelajar islam pada hari ini dan isu penghayatan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Tujuan penghasilan blog ini ialah untuk menyebarkan isu-isu terkini yang berkaitan dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam di dunia pada hari ini. Semoga dengan wujudnya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Sudilah kiranya sahabat-sahabat semua memberi pendapat ataupun sedikit kata-kata yang boleh menaikkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini…semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang berjaya dan mendapat rahmat serta keredhaan dari Nya..insyaAllah.....wassalam

Tuesday, September 1, 2009

info kesihatan

PENGARUH BAU-BAUAN DAN WANGI-WANGIAN TERHADAP MENTAL

Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani; bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.

Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai "Sistem Perubatan Aromatheraphy". Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesutau amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.

Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :-

KASTURI Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya.

AMBAR Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya.

KAYU GAHARU Dibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan.

BIJI SESAWI Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari.

TANDUK KAMBING Bakar dan sedut baunya.

RAMBUT MANUSIA Imam As-Sya'rani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan. Bakar dan sedut baunya.

Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta. Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit. Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.

No comments: