konsep blog

Dalam blog ini ditekankan beberapa isu atau perkara yang berkaitan dengan umat Islam. Ia meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, perundangan serta keagamaan. Antara isu yang dimuatkan ialah isu penuntut pelajar islam pada hari ini dan isu penghayatan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Tujuan penghasilan blog ini ialah untuk menyebarkan isu-isu terkini yang berkaitan dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam di dunia pada hari ini. Semoga dengan wujudnya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Sudilah kiranya sahabat-sahabat semua memberi pendapat ataupun sedikit kata-kata yang boleh menaikkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini…semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang berjaya dan mendapat rahmat serta keredhaan dari Nya..insyaAllah.....wassalam

Sunday, August 30, 2009

info kesihatan

Tips Kesihatan Menurut Islam… LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN 1) Mandi setelah makan. 2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita. 3) Berada dalam keadaan terlalu lapar. 4) Berjaga malam selain dari qiamullail. 5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGATUBUH BADAN 1) Memakan daging. 2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap. 3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak. 4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas. 5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. 6) Memakan makanan yang agak manis. FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT 1) Bercakap banyak. 2) Tidur banyak. 3) Makan banyak. FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN 1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah. 2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri. 3) Banyak memakan makanan yang serba masam. SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT 1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak). 2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk. BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL 1) Tinggalkan dari bercakap kosong. 2) Sentiasa bersugi. 3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim. MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGANDIBUANG Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atauminuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN 1) Melihat perkara-perkara yang haram. 2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi. 3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut. 4) Tidak membaca Al-Quran. 5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram. 6) Mengumpat dan mengata. 7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. 8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam). 9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan. 10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita. LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN 1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. 2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah. 3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKANKESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT: 1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat. 2) selepas makan atau sebelumnya. 3) Ketika sedang makan. 4) Selepas memakan buah-buahan. 5) Selepas keluar dari bilik mandi. 6) Ketika terjaga dari tidur. CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. 1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengankeadaan berwuduk. 2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud. 3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. 4) Tidurlah dengan mengiringkan badan disebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. WAKTU-WAKTU TIDUR YANG TIDAK DIBENARKAN 1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari. 2) Selepas masuk waktu Asar. 3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupunterkena separuh dari badan. BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana: 1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. 2) Merosakkan warna kulit. 3) Melemahkan jantung. 4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap. 5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat. 6) Melemahkan kecerdasaan akal. CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR 1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur. 2) Hindarkan dari tidur lewat malam. 3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. 4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur. 5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam. 6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh. PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA 1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan. 2) Banyak minum air di waktu pagi. 3) Banyak memakan atau meminum yang serba masam. SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG 1) Merokok yang berterusan. 2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama). 3) Kurang tidur. 4) Sentiasa mandi di tengah malam. 5) Melakukan kerja secara berterusan. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN 1) Melihat kepada benda-benda kotor. 2) Melihat kepada palang/salib. 3) Duduk dengan membelakangkan kiblat. 4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram. 5) Banyak menangis.

Monday, August 3, 2009

ISU PENDIDIKAN ANAK....

Membiasakan anak-anak “HIDUP BERSAMA” Al-Quran. Setiap ibu bapa pasti menginginkan cahaya matanya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh dan solehah merupakan harta yang paling berharga bagi ibu bapa. Untuk mendapatkan semua itu, harus ada kesungguhan yang tinggi dari ibu bapa dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah panduan hidup manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9). Masa bila yang terbaik al-Quran diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Adalah sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa “hidup bersama” al-Quran; iaitu ketika si ibu yang mengandungkannya, rajin membaca al-Quran.
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran 1. Mengenalkan. Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Akan tetapi, sayangnya ramai ibu bapa yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apatah lagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarnya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tampalkan gambar-gambar tersebut ditempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpanggil untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
2. Memperdengarkan. Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahawa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insya Allah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apatah lagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Suasana seperti ini sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Sebabnya, secara teori kondusi psikologi ibu sudah tentu sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Suasana tertekan pada Ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.
Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbcakap, insya Allah alunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, contohnya, dia boleh bercakap. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
3. Menghafalkan. Menghafalkan al-Quran boleh dimulakan semenjak anak lancar bercakap. Mulakanlah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Lalu latihlah anak untuk menirukannya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sehingga anak hafal di luar kepala. Masa anak-anak adalah masa meniru dan memiliki daya ingatan yang luar biasa. Ibu bapa harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak-anak. Agar anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai upaya membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat. Nabi saw. bersabda: Demi Zat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).
4. Membaca. Siapa sahaja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat ganda. Aku tidak mengatakan bahwa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Ibu bapa penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, utamanya pada pagi hari selepas solat subuh atau selepas solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengarkan abang dan kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Ibubapa mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk membolehkan membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, pada masa sekarang ini tidaklah sukar. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiraati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak malahan ibubapa untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan ibubapa. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
5. Menulis. Belajar menulis akan mempermudahkan anak dalam belajar membaca al-Quran. Dikatakan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak mempelajari bahasa Arab. Mulakanlah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) artinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya. Sesekali di rumah, cuba adakan perlumbaan menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, ia boleh diajar dengan lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi suku kata yang mengandungi makna yang bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosa kata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata.
6. Mengkaji. Ajaklah anak mula mengkaji isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali kajian sekeluarga ini dilakukan. Tema yang ringkas boleh sahaja tema-tema yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Sekali waktu, tema yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak. Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Ibubapa boleh memberi arahan atau koreksi jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
7. Mengamalkan dan memperjuangkan. Al-Quran tentu tidak hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajipan mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. Insya Allah, hal ini akan memotivasi anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan. (dakwahinfo)

ISU PENGHAYATAN ISLAM ...

>> Renungan kehidupan kita....
Kehidupan yang sebenarnya ialah berlandaskan Quran dan Sunnah. Usahlah kita terus melompat dan kata sini tak betul dan sana tak betul. Yang pentingnya untuk langkah yang pertama ialah memperbetulkan diri kita sendiri. Lepas itu keluarga kita dan selepas itu barulah jiran, masyarakat dan sahabat handai.
Berikut adalah renungan bagi kehidupan kita: 1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah, kalau mati dah tentu masuk syurga dan kalau hidup dan dibesarkan oleh keluarga yang beriman insyaallah ke syurga jua la dia. Bagi anak yang tidak dibuang tetapi tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah.Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya.
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2,kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
"KULLU NAFSIN DZAIQAT AL-MAUT"

ILMU-ILMU ISLAM

Petua Mengatasi Kesulitan Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia cuba mengatasinya dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya, khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada doktor. Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian.
Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada sang Khaliq.Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah, maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati).
Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali kerana ALLAH.
Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo, berputar dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan melebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini, ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya.
Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya. (sumber dari Kitab Futuuh al-Ghaib) Syaikh Abdul Qadir Jailani.

ISU NEGARA ISLAM

Secawan Starbuck Senilai Secawan Darah Palestina dan Lebanon COME, Riyadh - Ini bunyi sebuah aksi BOIKOT produk Amerika dan Israel oleh warga Saudi di sebuah kafe terkenal dan tersebar di kota-kota negara kerajaan ini. Kafe Starbuck memang memberikan dananya langsung kepada Israel yang hingga kini. meneruskan aksi brutalnya membunuh rakyat Palestina dan Lebanon. Para aktivis boikot meletakkan kafe ini di level pertama dari perusahaan, produk, dan restoran yang diboikot. Islamonline menegaskan, aksi anti-perusahaan kafe kelas internasional Strarbuck ini mula membuak-buak sejak dipopularkan oleh sebuah artikel pemimpin pelaksana perusahaan, Howard Schultz di laman Zayubidia yang sangat ambil tahu dengan kepentingan Israel dan dirinya menegaskan, perusahaanya memberikan sumbangan setengah keuntungannya untuk negara Israel sejak negara zionis melakukan kekejaman ke Lebanon.
Dalam artikelnya, Schultz berterima kasih kepada “pelanggan yang rela” memberikan satu cangkir kopi yang mereka beli dari perusahaannya untuk mendukung dan menjaga keselamatan Israel dari serangan ‘teroris’. Ia juga mengingatkan kepada semua warga Yahudi untuk melindungi Israel.
Sejak dipopularkan artikel inilah warga Saudi mula menyebarkan maklumat ini melalui sms yang menyeru supaya melakukan boikot keatas kafe Strabuck. Salah satu berbunyi SMS ini adalah “hati-hati… anda mendukung Yahudi dengan secawan kopi… boikot Starbuck.” Dalam internet juga tersebar poster yang berbunyi “pemimpin perusahaan Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk pemerintah Israel sejak perangnya atas Lebanon… saya bersaksi kepada Allah dan malaikatnya bahawa saya memboikot Starbuck”.
Aksi boikot semakin mendapatkan liputan meluas dan dukungan luas ketika Dr. Abdul Wahhab bin Said Al Qahthani, timbalan dekan fakulti Manajemen Strategis dan Pemasaran Universiti Malik Fahd bahwa Schultz, pemimpin perusahaan Starbuck adalah zionis di kedudukan pertama dan pendukung kental politik Israel. Menurut Qahthani membeli produk Starbuck sama bahayanya dengan penghinaan harian di Denmark terhadap Rasulullah. Sebab mereka mengambil harta kita dari negara-negara Arab dan Islam untuk melakukan perang terhadap Palestina, membunuh anak-anak, wanita dan pejuang kemerdekaan. Menyumbang harta untuk mereka sama sahaja dengan mengina Islam dan umat Islam, tegas Qahthani.
Schultz sendiri, tegas Qahthani, pada tahun 1998 dalam perayaan ulang tahunnya ke 50 mendapatkan pernghargaan dari Israel kerana telah menyumbangkan dananya kepada Israel dan memperbaiki semangat Israel serta memburukkan semangat anak-anak Intifadlah Palestina yang disebut Schultz sebagai teroris dan anti Semit.
Perang ekonomi Kerananya, pakar Saudi ini mengajak untuk menggalakkan boikot terhadap kafe-kafe Amerika. Ia mengatakan, budaya perang ekonomi harus diterapkan oleh umat Islam dengan memboikot perusahaan pendukung Israel. Kerana umat Islam tidak memiliki kekuatan militan untuk membela hak-hak mereka.
Menari di atas mayat saudara sendiri Qahthani mengecam sikap umat Islam yang tidak mahu melakukan aksi boikot “bagaimana kita menikmati minum kopi Starbuck dan kita sadar kalau harta kita disumbangkan untuk mendukung Israel agar semakin ganas membunuhi umat Islam”.
Jihad dengan harta Para pendukung aksi boikot ini baik di ruang internet atau lewat telefon bimbit banyak memandang bahawa langkah ini merupakan jihad dengan harta. Perusahaan kafe Starbuck kebelakangan ini mengumumkan laba pada kwartal kedua tahun 2006 ini mencapai 1,9 milyar USD. Dan kini ia sedang merencanakan membuka kafe 1800 baru di seluruh dunia hingga akhir tahun ini. Di Arab Saudi saja Caffe Shoop milik Starbuck bereset 15 milion Riyal setiap tahun.
Rakyat Saudi dukung boikot Meskipun secara rasmi Saudi mengkritik langkah Hizbullah, namun kempennya produk Israel dan Amerika ditanggapi rakyat dengan sinis. Hal itu dapat dilihat melalui tellefon bimbit atau internet.
Hingga hari ke 29 invasi ke Lebanon, Israel sudah membunuh 1090 orang majoriti kaum sipil, 30% anak, dan 3570 orang cedera serta lebih 1 juta orang trauma. Kerugiaan fizikal kira-kira bernilai milion USD menurut laporan rasmi pemerintah Lebanon. (infopalestina)

ISU POLITIK ISLAM

Benarkah Politik( Siasah) Kotor? Oleh Ustaz Zainudin Hashim Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.
Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.
Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.
Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?
Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah. Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.
Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan. Konsep politik dari sudut teori, praktikal Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri. Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.
Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.
Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15) .
Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat. Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).
Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.
Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.
Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.
Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.
Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.
Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.
Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.
Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang.
Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.
Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.
Rasulullah contoh terbaik ahli politikIslam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.
Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan. Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.
Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.
Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boleh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.
Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup. Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.
Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.-
(sumber: harakahdaily.net)

KOLEKSI MUTIARA KATA

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati" "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran" "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan" "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai" www.familiazam.com "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian" "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya" "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket" "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan" "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri" "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat" "Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya" "Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan" "Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia" "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai" "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir" "Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali" "Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi" "Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina" "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu" "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah" "Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya" "Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang" "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik" "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu" "Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan" "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam" "Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi" "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan" "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan" "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir" "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat" "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya" "Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan" "Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince. "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall. "Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad. "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate "Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi" "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan" "Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri" "Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu" "Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan" "Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu" "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya" "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya" "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri" "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA" "Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan" "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati" "Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain" "Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama" "Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah" "Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan" "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka" "Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar" "Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik" "Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya" "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai" "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu" "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" "Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia" "Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka" "Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka" "Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai" "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut" "Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam" "Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar" "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana" "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain" "Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari" "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan" "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... " "Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........." "Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya" "Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat" "Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah" "Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan" "Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain" "Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya" "Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya" ''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya'' ''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan'' ''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda' "Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup" 'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama'' ''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya'' ''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah'' ''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini'' ''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca'' ''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada'' ''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia'' ''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai'' ''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal'' "Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku" ''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia'' ''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya'' ''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan'' ''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi'' ''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan'' "Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan" ''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu'' ''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan'' "Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya" ''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama'' "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian" "Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan" "Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat" "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan" ''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri'' "Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar" "Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar" "Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia" "Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya" ''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya'' "Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan" "Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri" "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan" "Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang" "Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati" ''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit'' ''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian'' ''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif'' ''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini'' ''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya'' ''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain'' ''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah'' ''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya" ''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci'' ''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit'' ''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu'' ''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya ''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain'' Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa'' 'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah'' ''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik'' ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam'' ''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'. ''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur'' ''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah'' ''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain'' ''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita'' ''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian'' ''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting'' ''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri'' ''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita'' "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" "Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu" "Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya" "Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan" "Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik" "Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat" "Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian" "Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu" "Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya" "Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal" "Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan" "Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh" "Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya" "Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita" "Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain" "Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri" "Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna" "Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga" "Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan." "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati" "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya" "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket" "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan" "Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain" "Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi" "Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal" "Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu" "Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda" "Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain" "Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya" "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah" "Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini" Mutiara Kata: "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

ISU AKIDAH ISLAM

>> PRINSIP@ DASAR KEIMANAN> Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w. Dengan Islam Allah mengakhiri serta menyempurnakan agama-agama lain untuk para hamba-Nya. Dengan Islam pula, Allah menyempurnakan kenikmatan-Nya dan meredhai Islam sebagai dien-Nya. Oleh kerana itu tidak ada lain yang patut diterima, selain Islam.
Allah berfirman, yang ertinya: “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi…” (Al Ahzab 19) “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Al Imran 85)
Allah telah mewajibkan seluruh umat manusia agar memeluk agama Islam kerana Allah. Hal ini sebagaimana telah difirmankan-Nya kepada Rasul-Nya: “Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al A’raf 158)
Islam mempunyai keistimewaan, iaitu relevan untuk setiap masa, tempat, dan umat. Allah berfirman kepada Rasul-Nya: “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu…” (Al Maidah 48)
Agama Islam adalah agama yang benar. Allah menjamin kemenangan kepada orang yang memegangnya dengan baik. Hal ini dikatakan-Nya dalam firman-Nya, yang ertinya: “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” (At Taubah 33)
Agama Islam merupakan aqidah dan syariat. Islam adalah agama yang sempurna dalam aqidah dan syariat, kerana: 1. Memerintahkan bertauhid dan melarang syirik. 2. Memerintahkan bersikap jujur dan melarang berbuat bohong/dusta. 3. Memerintahkan berbuat adil perbuatan zalim. 4. Memerintahkan untuk bersikap amanah dan melarang khianat. 5. Memerintahkan untuk menepati janji dan melarang ingkar janji. 6. Memerintahkan berbakti kepada ibu-bapa serta melarang menyakitinya. 7. Memerintahkan bersilaturahim/menyambung hubungan dengan kerabat dekat, serta melarang memutuskannya. 8. Memerintahkan berbuat baik dengan tetangga melarang berbuat jahat kepada mereka.
Secara umum Islam memerintahkan agar bermoral baik dan melarang bermoral buruk. Islam juga memerintahkan setiap perbuatan baik, dan melarang perbuatan yang buruk. Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An Nahl 90)
Catatan: 1. Adil ertinya menyamakan yang sama dan membezakan yang berbeza, bukan persamaan secara mutlak seperti yang dikatakan sebahagian orang yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persamaan yang mutlak. Menyamakan hal-hal yang berbeza merupakan kezaliman yang tidak dianjurkan oleh Islam, dan pelakunya pun tidak terpuji. (ringkasan dari Kitab Ushulil Iman:shaykh muhammad b. shalih al-uthaimin)

Sunday, August 2, 2009

bulam kebesaran Allah swt...

KELEBIHAN BULAN SYABAAN

* Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Sya’aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

* Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya’aban.

* Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

* Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba’an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

* Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya’aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyegutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

* Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya’aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

* Apabila pada malam Nisfu Sya’aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya’aban

* Tersebut di dalam Kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya’aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta’ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

* Bahawa malam Nisfu Sya’aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya’aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya’aban enam orang: 1. Orang yang kekal minum arak. 2. Orang yang durhaka dua ibubapanya. 3. Orang yang kekal dalam zina. 4. Orang yang banyak berkelahi. 5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta. 6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

* Pada malam Nisfu Sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

* Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya’aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud:

* Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya’aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

* Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya’aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

Saturday, August 1, 2009

ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT (ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR IPT SEMAKIN KRITIKAL)

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama, ditambah pula dengan kolej-kolej swasta yang diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju.
Tetapi apa yang menyedihkan adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ini sudah mula hilang identiti dan jati diri, malah maruah dan martabat tidak lagi dipandang tinggi dan diambil peduli. Pelajar IPTA dan IPTS dikatakan demikian, kerana banyak berlaku gejala negatif dan tidak bermoral dikalangan mereka seperti berkhalwat, berzina, pergaulan bebas, menghisap dadah, ‘clubbing’, pembuangan bayi, pengguguran janin dan juga etika pakaian yang mula tidak dihirau. Akhir-akhir ini apabila disebut soal pelajar IPT, masyarakat mula memandang sinis dan kecewa, ini adalah kerana apa yang berlaku kepada pelajar IPT adalah melampaui batasan seperti isu pembuangan bayi dan pengguguran janin serta pelajar yang melanggar etika pemakaian sopan yang dibuat oleh IPT. Pakaian yang dipakai agak ketat, jarang serta pakaian yang menarik perhatian yang boleh dikatogarikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita.
Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya.
Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda : Maksudnya: “ wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya. Hadis Riwayat Abu Daud.
Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : “ Sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.
Dengan ini jelaslah bahawa kita sebagai pelajar Islam seharusnya menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka yang bukan Islam dan bukannya memperlihatkan bahawa Agama Islam itu sama seperti Agama-agama yang mereka anuti.ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam dan yang selaras dengan peraturan-peraturan IPT.