konsep blog

Dalam blog ini ditekankan beberapa isu atau perkara yang berkaitan dengan umat Islam. Ia meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, perundangan serta keagamaan. Antara isu yang dimuatkan ialah isu penuntut pelajar islam pada hari ini dan isu penghayatan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Tujuan penghasilan blog ini ialah untuk menyebarkan isu-isu terkini yang berkaitan dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam di dunia pada hari ini. Semoga dengan wujudnya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Sudilah kiranya sahabat-sahabat semua memberi pendapat ataupun sedikit kata-kata yang boleh menaikkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini…semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang berjaya dan mendapat rahmat serta keredhaan dari Nya..insyaAllah.....wassalam

Saturday, August 1, 2009

ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT (ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR IPT SEMAKIN KRITIKAL)

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama, ditambah pula dengan kolej-kolej swasta yang diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju.
Tetapi apa yang menyedihkan adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ini sudah mula hilang identiti dan jati diri, malah maruah dan martabat tidak lagi dipandang tinggi dan diambil peduli. Pelajar IPTA dan IPTS dikatakan demikian, kerana banyak berlaku gejala negatif dan tidak bermoral dikalangan mereka seperti berkhalwat, berzina, pergaulan bebas, menghisap dadah, ‘clubbing’, pembuangan bayi, pengguguran janin dan juga etika pakaian yang mula tidak dihirau. Akhir-akhir ini apabila disebut soal pelajar IPT, masyarakat mula memandang sinis dan kecewa, ini adalah kerana apa yang berlaku kepada pelajar IPT adalah melampaui batasan seperti isu pembuangan bayi dan pengguguran janin serta pelajar yang melanggar etika pemakaian sopan yang dibuat oleh IPT. Pakaian yang dipakai agak ketat, jarang serta pakaian yang menarik perhatian yang boleh dikatogarikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita.
Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya.
Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda : Maksudnya: “ wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya. Hadis Riwayat Abu Daud.
Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : “ Sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.
Dengan ini jelaslah bahawa kita sebagai pelajar Islam seharusnya menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka yang bukan Islam dan bukannya memperlihatkan bahawa Agama Islam itu sama seperti Agama-agama yang mereka anuti.ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam dan yang selaras dengan peraturan-peraturan IPT.

2 comments:

Azlinda Mohd said...

ana setuju dengan penulis blog permata hati mengenai etika pemakaian penuntut Islam di IPT terutama pelajar perempuan,mereka memakai pakaian tetapi seakan-akan bertelanjang dengan pakaian yang boleh dikatakan "membalut nangka" dan berjalan melenggok untuk menunjukkan susuk badan,bukankah itu sudah terang-terang salah disisi Islam. Disini ana nak kongsi secara ringkas tentang cara-cara menuntut aurat yang dituntut oleh Islam :

1)tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
2) baju mestilah labuh dan longgar
3) lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
4) kain/seluar yang dipakai mestilah panjang hingga ke buku lali dan tidak jarang serta tidak ketat atau sempit
5) mesti memakai sarung kaki
6) kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah

semoga apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kita bersama.Wallahua'lam
1)

farihan said...

salam...trime kasih kerana sudi berkongsi pandangan....wsslm..