konsep blog

Dalam blog ini ditekankan beberapa isu atau perkara yang berkaitan dengan umat Islam. Ia meliputi aspek politik, sosial, ekonomi, perundangan serta keagamaan. Antara isu yang dimuatkan ialah isu penuntut pelajar islam pada hari ini dan isu penghayatan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Tujuan penghasilan blog ini ialah untuk menyebarkan isu-isu terkini yang berkaitan dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam di dunia pada hari ini. Semoga dengan wujudnya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat. Sudilah kiranya sahabat-sahabat semua memberi pendapat ataupun sedikit kata-kata yang boleh menaikkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini…semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang berjaya dan mendapat rahmat serta keredhaan dari Nya..insyaAllah.....wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Renungan Bersama.....

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan… Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku. kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.. zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis.. nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat.. kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan… manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

No comments: